Member baru dalam keluarga kami "Black", adik beradik Mulan. Black ialah zuriat akhir Teddy sebelum meninggal. Black ni walau pun hitam tapi sangat cute dan manja. Black yang cute ni dah pun di pinang oleh anak saudara kakMa.
Thursday, May 27, 2010
Posted by KakMa at 7:19 AM 0 comments
Sunday, May 23, 2010
Saturday, May 22, 2010
KURSUS CARE DI RENAISANCE
Pada 22 dan 23hb. Mei 2010, saya terpaksa menghadiri kursus bersama kawan2 sepejabat di Hotel Renaisance sebelah supermarket Billion. Mula2 diberitahu oleh Na tentang kursus tersebut ramai yang merungut ngepek2 tok sei gi. sampai ada yang merejam-rejam kaki taknak2. Ari pertama kursus saya terdatang lewat sikit (maklumlah ari tu sepatutnya cuti), sepatutnya pukul 9.00 pagi dah ada dalam bilik. Saya sampai dalam kul 9.15 minit. Mengelabah tak tau nak masuk ikut mana (padan muka saya) nasib baik masa tu ada seorang lagi yang lewat, berteman jugak la saya. Buka saja pintu, kedatangan kami berdua disambut dengan tepukan gemuruh rakan2 bukan kerana apa tapi kerana datang lewat. Memanglah padan muka kami. Kursus bersabit dengan Customer service. Kursus ini agak menghiburkan. Kami dapat banyak pengetahuan dan pengalaman yang berguna. Facilitatornya (En.Sazali Yahya) pun agak pandai dalam membentangkan kursus ini. Rakan yang mana taknak2 pada mulanya nampak bukan main participate lagi dalam acara kursus ni. Agak meriah kursus ni. Tak kering gusi kami dibuatnya.
Posted by KakMa at 6:28 AM 0 comments














